Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

GERHANA BULAN & MATAHARI

GERHANA BULAN,  MATAHARI

 Terdapat dua  jenis gerhana , iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus.  Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?

Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.

Kita pergi satu demi satu.

Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.

Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di atas.

Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.

Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah… Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.

Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.

Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita  seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.

Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.

Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).

Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.

Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.

Gerhana Matahari penuh.

Betapa indahnya suasana kejadian alam semula jadi ciptaan ALLAH.

Sebagai seorang Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat muakkad.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w,
إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksudnya,  “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi yang membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua ruku’ dalam satu rakaat. Bunyinya pelik?

Pada rakaat pertama, selepas berniat, macam biasa, baca surah fatihah, dan surah pilihan, kita ruku’. Selepas ruku’, biasanya kita i’tidal untuk kita bersujud selepas itu. Tetapi apabila kita i’tidal, kita baca surah fatihah dan surah pilihan kali kedua , masih pada rakaat pertama. Susunan secara ringkas seperti ini:

- Niat dan takbiratul ihram

Niat solat sunat gerhana Bulan:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat solat gerhana Matahari:
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
  • -surah Al Fatihah
  • -surah pilihan
  • -ruku’
  • -i’tidal
  • -baca surah fatihah
  • -baca surah pilihan
  • -ruku’
  • -i’tidal
  • -sujud
  • -duduk antara dua sujud
  • -sujud kedua

-bangun untuk rakaat kedua

Rakaat kedua ulang seperti di atas (bermula al Fatihah pertama), juga dibuat dua kali fatihah/dua kali ruku’.

Jika dibuat di masjid, atau di surau, sunat diadakah khutbah, selepas solat sunat gerhana, walaupun gerhana telahpun habis.

Dalil disyariatkan Solat sunat gerhana:
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Gerhana terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus.  Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?

Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.

Kita pergi satu demi satu.

Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.

Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di atas.

Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.

Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah… Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.

Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.

  • Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita  seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.

Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.

Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).

Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.

Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.

Gerhana Matahari penuh.

Betapa indahnya suasana kejadian alam semula jadi ciptaan ALLAH.GERHANA BULAN, MATAHARI

Sebagai seorang Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat muakkad.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w,
إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksudnya,  “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi yang membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua ruku’ dalam satu rakaat. Bunyinya pelik?

Pada rakaat pertama, selepas berniat, macam biasa, baca surah fatihah, dan surah pilihan, kita ruku’. Selepas ruku’, biasanya kita i’tidal untuk kita bersujud selepas itu. Tetapi apabila kita i’tidal, kita baca surah fatihah dan surah pilihan kali kedua , masih pada rakaat pertama. Susunan secara ringkas seperti ini:

- Niat dan takbiratul ihram

Niat solat sunat gerhana Bulan:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat solat gerhana Matahari:
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
  • -surah Al Fatihah
  • -surah pilihan
  • -ruku’
  • -i’tidal
  • -baca surah fatihah
  • -baca surah pilihan
  • -ruku’
  • -i’tidal
  • -sujud
  • -duduk antara dua sujud
  • -sujud kedua
  • -bangun untuk rakaat kedua

Rakaat kedua ulang seperti di atas (bermula al Fatihah pertama), juga dibuat dua kali fatihah/dua kali ruku’.

Jika dibuat di masjid, atau di surau, sunat diadakah khutbah, selepas solat sunat gerhana, walaupun gerhana telahpun habis.

Dalil disyariatkan Solat sunat gerhana:
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

JOM JADI JUTAWAN

ULAR SAWA BATIK

ULAR SAWA, ULAR

Ular sawa batik atau nama saintifiknya, Python Reticulatus sepanjang enam meter sudah cukup untuk membolehkan reptilia ini menelan manusia dewasa. Pengkaji haiwan, Zainuddin Ahmad, 53, berkata, orang ramai perlu berhati-hati kerana ular itu terlalu berbahaya dan boleh menyerang manusia pada bila-bila masa. Katanya, walaupun tidak mempunyai bisa, kemampuan mengesan haba mangsa berdarah panas walaupun pada waktu malam menyebabkan manusia sentiasa berisiko ditelan ular berkenaan.

“Kita sering kali mendengar berita mengenai ular memakan haiwan ternakan seperti kambing, ayam, itik dan anak lembu di daerah ini. Namun harus diingat bahawa ular sama juga mampu menelan manusia. “Ular sawa yang boleh mencapai 10 meter panjang dan merupakan ular terpanjang di dunia ini boleh makan dua kali setahun sahaja, namun ia bergantung kepada saiz mangsa yang dimakannya,” katanya. Merujuk kepada berita ular sawa menelan tiga kambing penternak seliaan Lembaga Tembakau Negara di Jeram Pasu dua tahun lalu katanya, diet itu sudah cukup untuk ular itu bertahan dari makan setengah tahun.

Menurutnya, kelebihan ular sawa batik cukup menakutkan seperti otot yang terlalu kuat dan memiliki 300 gigi daripada enam baris yang melengkung ke dalam serta ligamen istimewa yang menyambungkan rahang atas dan bawah yang membolehkannya menelan mangsa tiga kali ganda saiz kepalanya. “Ular ini boleh mengesan getaran mangsa pada tanah melalui tulang yang menyebabkan kita berada dalam keadaan bahaya tanpa disedari,” katanya sambil me-minta orang ramai menghubungi pasukan penyelamat sekiranya diancam reptilia berbahaya itu.  - Ular sawa batik atau nama saintifiknya, Python Reticulatus sepanjang enam meter sudah cukup untuk membolehkan reptilia ini menelan manusia dewasa.

Pengkaji haiwan, Zainuddin Ahmad, 53, berkata, orang ramai perlu berhati-hati kerana ular itu terlalu berbahaya dan boleh menyerang manusia pada bila-bila masa. Katanya, walaupun tidak mempunyai bisa, kemampuan mengesan haba mangsa berdarah panas walaupun pada waktu malam menyebabkan manusia sentiasa berisiko ditelan ular berkenaan. “Kita sering kali mendengar berita mengenai ular memakan haiwan ternakan seperti kambing, ayam, itik dan anak lembu di daerah ini. Namun harus diingat bahawa ular sama juga mampu menelan manusia.
ULAR SAWA, ULAR
“Ular sawa yang boleh mencapai 10 meter panjang dan merupakan ular terpanjang di dunia ini boleh makan dua kali setahun sahaja, namun ia bergantung kepada saiz mangsa yang dimakannya,” katanya. Merujuk kepada berita ular sawa menelan tiga kambing penternak seliaan Lembaga Tembakau Negara di Jeram Pasu dua tahun lalu katanya, diet itu sudah cukup untuk ular itu bertahan dari makan setengah tahun. Menurutnya, kelebihan ular sawa batik cukup menakutkan seperti otot yang terlalu kuat dan memiliki 300 gigi daripada enam baris yang melengkung ke dalam serta ligamen istimewa yang menyambungkan rahang atas dan bawah yang membolehkannya menelan mangsa tiga kali ganda saiz kepalanya.

“Ular ini boleh mengesan getaran mangsa pada tanah melalui tulang yang menyebabkan kita berada dalam keadaan bahaya tanpa disedari,” katanya sambil me-minta orang ramai menghubungi pasukan penyelamat sekiranyadiancam reptilia berbahaya itu.

sumber

JOM JADI JUTAWAN

PENAMPAKAN POCONG DI JAMBATAN KE 2 PULAU PINANG

POCONG, JABATAN PULAU PINANG, HANTU, KISAH SERAM, JEMBALANG

POCONG, JABATAN PULAU PINANG, HANTU, KISAH SERAM, JEMBALANG

Selepas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang
Individu yang mencatat ‘rekod’ sebagai orang pertama terjun dari jambatan tersebut adalah pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara seorang timbalan menteri.
Mujurlah dia berjaya diselamatkan nelayan yang berada berhampiran jambatan.
Kini, sebuah lagi kisah sensasi melibatkan Jambatan Kedua Pulau Pinang kembali disebarkan iaitu kemunculan pocong yang berjaya dirakam imejnya.

Imej yang disebarkan berupaya bayangan sesuatu berwarna putih yang salah satunya kelihatan seperti berada dalam kedudukan sedang meloncat.
POCONG, JABATAN PULAU PINANG, HANTU, KISAH SERAM, JEMBALANG
dibuka kepada umum 1 Mac lalu, sudah ada kegemparan berlaku iaitu cubaan kes bunuh diri.

Leave your komen

JOM JADI JUTAWAN

SUSAH DAHULU SENANG KEMUDIAN

miskin & kaya
Sekiranya anda merasakan bahawa kehidupan anda susah, ketahuilah bahawa para nabi dan rasul juga pernah mengalami kesusahan dalam perjuangan mereka untuk menegakkan Islam sebelum mencapai kemenangan. Kesusahan yang mereka hadapi tidak pernah menyebabkan mereka berputus asa, malahan mereka terus berjuang di atas jalan kebenaran sehingga mendapat kemenangan. Diantara kesusahan yang dihadapi oleh para nabi dan rasul ialah:

1. Rasulullah SAW dan pengikutnya pernah dipulaukan selama tiga tahun oleh kaum Quraisy yang diketuai oleh Abu Lahab kerana ingin menyekat penyebaran Islam. Kesemua kaum keluarga dan sesiapa saja yang beriman dengan Rasulullah SAW dan Islam dipulaukan dengan mengenakan perkara-perkara seperti tiada sebarang urusan jual beli, tidak boleh menjamu makan kepada mereka, tiada ikatan perkahwinan dan tidak dibenarkan membeli makanan dan mendapatkan apa jua bentuk bantuan dari luar Mekah. Akhirnya habislah bekalan makanan dan mereka hanya memakan sebiji kurma sehari.  Kemudian hanya setengah biji terpaksa dibahagi-bahagi dan juga menjadikan rumput-rumput kering sebagai makanan.  Sehinggalah kulit unta dicuci bersih, dibakar, diracik-racik menjadi potongan kecil dan direndam dalam air dan dijadikan bekalan makan hingga tiga hari. Dengan rahmat dari Allah SWT, pemulauan ini berakhir dengan sendirinya apabila notis pengumuman reput dimakan anai-anai dan juga tentangan dari kaum Quraisy sendiri yang diketuai oleh Hisham Bin Amru yang dihatinya masih ada bibit-bibit simpati.

2. Nabi Ibrahim AS telah dibakar oleh Raja Namrud kerana telah mengajak Raja Namrud dan rakyatnya meninggalkan sembahan berhala dan menyembah Allah SWT. Raja Namrud dan seluruh rakyatnya mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim AS dibakar dengan api atau ungun yang besar. Maka Namrud pun terus memerintahkan seluruh rakyatnya agar menyediakan api besar hinggakan sampai peringkat burung-burung tidak berani untuk terbang di atasnya. Kalau terbang juga mereka akan terbakar kerana nyalaan api yang besar itu. Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar dan terus Nabi Ibrahim AS di lemparkan ke dalam api yang besar itu. Dengan izin Allah SWT api yang besar itu tidak membakar Nabi Ibrahim AS. Tidak lama selepas itu api yang besar tadi pun terpadam lalu Nabi Ibrahim AS keluar dari longgokan-longgokan bara api dengan selamat seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku ke atasnya.

3. Nabi Yusof AS telah dipenjara kerana beliau masih menjaga kehormatan dirinya biarpun beliau telah digoda oleh isteri-isteri orang kenamaan. Setelah Zulaikha gagal menggoda Nabi Yusof AS maka tersebarlah khabar angin bahawa Zulaikha telah tertarik hati kepada hambanya sendiri. Oleh itu Zulaikhapun menjemput isteri-isteri orang kenamaan untuk berkumpul dalam satu majlis di rumahnya. Beliau menghidangkan buah epal dan pisau kepada para tetamunya. Semasa para tetamunya sedang mengupas buah epal menggunakan pisau, lalu Zulaikha menjemput Nabi Yusof AS hadir dihadapan tetamunya. Kesemua isteri-isteri orang kenamaan tersebut merasa terpegun dengan ketampanan Nabi Yusof AS sehingga mereka tidak sedar yang pisau mereka telah melukakan tangan mereka sendiri. Akhirnya isteri-isteri orang kenamaan ini sendiri telah tertarik hati kepada Nabi Yusof lalu menggoda beliau. Dengan rahmat dari Allah SWT akhirnya Allah SWT berhasil memalingkan dan menyelamatkan Nabi Yusuf AS dari godaan wanita-wanita tersebut. Kemudian suami-suami wanita tersebut iaitu orang-orang kenamaan telah bertindak memenjarakan Nabi Yusof AS untuk menutup cerita dan khabar angin tentang isteri-isteri mereka. Lalu Nabi Yusof AS dipenjara selama beberapa tahun bukan kerana kesalahannya. Dengan rahmat Allah SWT juga, akhirnya Raja telah membebaskan Nabi Yusof AS lalu melantik beliau menjadi Perdana Menteri kerana kebolehan istimewa Nabi Yusof AS mentafsir mimpi.

miskin & kaya
4. Nabi Musa AS terpaksa meninggalkan kemewahan istana sebagai anak angkat Firaun kerana dengan tidak sengaja telah menyebabkan kematian seseorang. Pada suatu hari, Nabi Musa AS berjalan-jalan di sekitar kota. Kemudian Nabi Musa AS mendapati seorang lelaki dari pengikut firaun yang sedang berkelahi dengan seorang Bani Israil. Lalu seorang yang lemah dari kedua orang itu meminta tolong kepadanya. Ketika itu memang Nabi Musa AS terkenal sebagai seorang yang kuat. Nabi Musa AS pun turut campur tangan dalam perkelahian itu. Nabi Musa AS telah menumbuk orang yang menganiayai orang yang lemah tersebut. Lelaki itu tersungkur kemudian mati.  Nabi Musa AS hanya berniat untuk meleraikan kedua orang yang berkelahi tersebut, namun tanpa sengaja telah membunuhnya. Disebabkan kejadian tersebut, para penguasa Firaun telah mengeluarkan perintah untuk menangkap dan membunuh Nabi Musa AS. Dengan rahmat dari Allah SWT, akhirnya beliau mendapat tahu tentang perintah tersebut lalu berkelana seorang diri sebatang kara meninggalkan kota. Dengan rahmat dari Allah SWT juga, akhirnya beliau kembali sebagai rasul dan berdakwah kepada Firaun dan akhirnya diselamatkan dari Firaun dan para tenteranya apabila mereka ditenggelamkan oleh Allah SWT dalam laut Merah.

Di atas hanyalah sebahagian dari kisah para nabi dan rasul yang telah mengalamai kesusahan sementara sebelum mendapat kejayaan dalam hidup mereka. Bukan sahaja kesusahan dalam berdakwah, malah kesusahan dalam kehidupan juga hanyalah sementara dan Insya Allah akan mendapat kesenangan pada akhirnya andai kita seorang yang beriman dan bertawakal kepada Allah SWT.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi (darjatnya), andai kamu orang-orang yang beriman.” (Ali ‘Imran 3:139)

JOM JADI JUTAWAN

JAMIE OLIVER MENANG SAMAN MCDONALD

Siapa Jamie Oliver?
Sesiapa yang sering mengikuti rancangan masakan dari luar negera mesti mengenali Jamie Oliver.

 Fakta terkini Jamie Oliver telah menyaman  syarikat makanan segera McDonald dan telah membuktikan yang McDonald menggunakan peroxide dalam daging prosesnya dan dagingnya pula juga adalah dari quality yang paling rendah hanya layak utk makanan binatang ternakan. maaf keterangan ini mungkin menyinggung mana mana pihak.

Jimie Oliver pernah memberi kenyataan di rancangan TV mengenai kesalahan dalam menghasilkan daging burger -  “that the fatty parts of beef are “washed” in ammonium hydroxide and used in the filling of the burger. Before this process, according to the presenter, the food is deemed unfit for human consumption. According to the chef and hamburger enthusiast, Jamie Oliver, who has undertaken a war against the fast food industry, “Basically, we’re taking a product that would be sold in the cheapest way for dogs, and after this process, is being given to human beings.”

Selain dari kualiti yang teruk , ammonium hydroxide juga merbahaya untuk kesihatan. 

“Why would any sensible human being put meat filled with ammonia in the mouths of their children?” kata Oliver lagi. 
Walaubagaimana pun Jamie Oliver telah menang dalam tuntututan mahkamah

ikuti demo "PINK SLIME PROCESS"

 Fakta tentang Ammonia
http://en.wikipedia.org/wiki/Ammonia

Moral : Fikir fikirkanlah, sebagai umat islam sampai menyampai adalah tuntutan.

sumber

JOM JADI JUTAWAN

KISAH ORANG KAYA DAN ORANG MISKIN

Kisah orang kaya dan orang miskin.

Suatu ketika seseorang yang sangat kaya mengajak
anaknya mengunjungi sebuah kampung dengan tujuan utama
memperlihatkan kepada anaknya betapa orang-orang bisa
sangat miskin. Mereka menginap beberapa hari di sebuah
daerah pertanian yang sangat miskin.
Pada perjalanan pulang, sang Ayah bertanya kepada
anaknya.

‘ Bagaimana perjalanan kali ini?’
‘ Wah, sangat luar biasa Ayah’
‘ Kau lihatkan betapa manusia bisa sangat miskin’ kata
ayahnya.
‘ Oh iya’ kata anaknya
‘ Jadi, pelajaran apa yang dapat kamu ambil?’ tanya
ayahnya.
Kemudian si anak menjawab.
‘ saya saksikan bahwa kita hanya punya satu anjing,
mereka punya empat. Kita punya kolam renang yang
luasnya sampai ketengah taman kita dan mereka memiliki
telaga yang tidak ada batasnya.

Kita mengimpor lentera-lentera di taman kita dan mereka memiliki
bintang-bintang pada malam hari. Kita memiliki patio
sampai ke halaman depan, dan mereka memiliki cakrawala
secara utuh. Kita memiliki sebidang tanah untuk tempat
tinggal dan mereka memiliki ladang yang melampaui
pandangan kita.
Kita punya pelayan-pelayan untuk melayani kita, tapi
mereka melayani sesamanya.
Kita membeli untuk makanan kita, mereka menumbuhkannya
sendiri.
Kita mempunyai tembok untuk melindungi kekayaan kita
dan mereka memiliki sahabat-sahabat untuk saling
melindungi.’

Mendengar hal ini sang Ayah tak dapat berbicara.

Kemudian sang anak menambahkan ‘ Terimakasih Ayah,
telah menunjukan kepada saya betapa miskinnya kita.’

Betapa seringnya kita melupakan apa yang kita miliki
dan terus memikirkan apa yang tidak kita punya. Apa
yang dianggap tidak berharga oleh seseorang ternyata
merupakan dambaan bagi orang lain. Semua ini
berdasarkan kepada cara pandang seseorang. Membuat
kita bertanya apakah yang akan terjadi jika kita semua
bersyukur kepad Allah SWT sebagai rasa terima kasih
kita atas semua yang telah disediakan untuk kita
daripada kita terus menerus khuatir untuk meminta
lebih.

JOM JADI JUTAWAN

BENARKAH PAKSI BUMI KIAN MENYONGSANG

Kebanyakan pihak pihak media kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

sumber: sinarharian, billyinfo.blogspot.com

JOM JADI JUTAWAN

SEGITIGA BERMUDA

Segitiga Bermuda
Anda pasti semuanya pernah mendengar nama segitiga Bermuda. Segitiga Bermuda atau yang dalam bahasa Inggris disebut Bermuda Triangle adalah sebuah daerah, tepatnya laut di Samudra Atlantik yang dibatasi oleh kota-kota di Amerika Tengah (Straits of Florida, Kepulauan Bahamas, dan Kepulauan Karibia). Segitiga Bermuda adalah sebuah misteri. Konon, banyak pesawat atau kapal laut yang melintasi daerah ini menghilang secara tiba-tiba. Tak ada satu orang-pun yang tau kemana pesawat dan kapal laut tersebut menghilang.

Kebanyakan para ahli-ahli, pakar-pakar, atau orang-orang biasa seperti kita hanya menerka-nerka kemana dan bagaimana kapal laut atau pesawat itu bisa menghilang. Pakar Fisika mengatakan, pesawat dan kapal laut itu terhisap oleh sebuah pusaran lautan yang sangat deras dan kencang. Mereka semua hilang ditelan laut. Ahli cuaca mengatakan, mereka hilang karena disambar petir atau diterjang badai dan akhirnya tenggelam ke laut, karena di daerah Segitiga Bermuda (menurut mereka), cuacanya tidak menentu. Pakar kedukunan mengatakan, mereka hilang karena ditelan oleh setan-setan dan iblis-iblis yang terkutuk. Ustadz-ustadz mengatakan, mereka hilang dibawa atau diculik oleh Dajjal. Konon kabarnya, Dajjal telah muncul di bumi ini, dan kemuculan pertamanya yaitu di Segitiga Bermuda ini.

Menurut saya, Segitiga Bermuda ini adalah misteri kelam yang tidak bisa dipecahkan dengan akal sehat dan logika.

JOM JADI JUTAWAN

ads

Template by:

Free Blog Templates